KONSELING ISLAM PENDEKATAN KOGNITIF (Teori dan Praktik Dalam Perspektif al-Ghazali)

+ Free Shipping
Category:

KONSELING ISLAM PENDEKATAN KOGNITIF

(Teori dan Praktik Dalam Perspektif al-Ghazali)

Penulis;

Warlan Sukandar, MA

Jumlah halaman;331

Ukuran Buku: A5 (14,8×21)

versi Cetak: Tersedia

versi E-Book: Tersedia

Berat; 0 Kg

Harga; Rp; 245.000

Burk dan Stefflre (1979) menyatakan, kaunseling melambangkan satu perhubungan profesional antara kaunselor yang terlatih dan klien. Hubungan ini biasanya secara seorang dengan seorang walaupun kadangkala melibatkan lebih daripada seorang klien. Ia direka bentuk untuk menolong klien memahami dan menjelaskan pandangnnya tentang ruang hidup, belajar mencari matlamat yang ditetapkan sendiri melalui pemilihan yang bermaklumat dan bermakna serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosi dan antara perseorangan (Sabariah Siron: 2005: 8).

American Concelling Assosiation (1998), menjelaskan bahawa kaunseling merupakan aplikasi kesihatan mental, prinsip-prinsip dan perkembangan manusia, melalui intervensi sistematik dari segi kognitif, afektif, dan tingkahlaku, juga strategi-strategi kearah kesihatan dan pertumbuhan diri, perkembangan kerjaya dan patologi (Sabariah Siron 2005: 9).

Gustad (1953: 13) dalam Steffler, B. & Grant, Wolt (1972) menyatakan kaunseling adalah proses yang berorientasikan pembelajaran, dijalankan secara mudah, di dalam persekitaran sosial antara seorang dengan seorang, yang mana kaunselor cekap di dalam kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, menolong klien dengan kaedah yang sesuai dengan keperluan klien, belajar mengetahui lebih mendalam tentang diri sendiri, belajar meletakkan kefahaman ini kepada matlamat yang ditanggap secara jelas dan realistik sehingga akhirnya klien menjadi ahli masyarakat yang lebih gembira dan produktif. Thorne (1950) dalam Bramer & Shostrom (1982) menerangkan bahawa kaunseling adalah sejenis psikoterapi yang disesuaikan kepada permasalahan manusia yang normal. Dengan perkataan lain kaunseling boleh dianggap sebagai penolong manusia yang normal untuk mencapai kemahiran tahap penyesuaian yang tinggi. Perubahan ini dimanisfestasikan dengan meningkatnya kematangan, kebebasan, integrasi dan tanggungjawab personal seseorang (Sabariah Siron: 2005: 7).

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KONSELING ISLAM PENDEKATAN KOGNITIF (Teori dan Praktik Dalam Perspektif al-Ghazali)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
  • Your cart is empty.